Majlis Jasamu Dikenang,

bertempat di Wyndham Hotel.

Meraikan pesara pesara, ahli KPKSM Cawangan Selangor, tahun 2019 hingga 2022

Majlis diserikan dengan kehadiran Ketua Bahagian Perkhidmatan Teknik, Tuan Hasbollah Din, Tuan Haji Zulkifli Mohamed, Pengerusi CUEPACS Selangor dan mantan Pengarah Negeri, Dato’ Haji Sarip Ismail

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli-ahli KPKSM dan Pegawai Kanan yang banyak membantu dan menyokong KPKSM, selain itu dapat membina ukhwah dan mengeratkan silaturahim.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan sungguh meriah

Kepada pesara-pesara didoakan terus diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan berbahagia disamping keluarga

Turut ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Pengerusi dan top 5 KPKSM Selangor yang banyak membantu dan menyokong, serta AJK yang telah bertungkus lumus tanpa mengira waktu untuk menjayakannya

Kerjasama anda semua amatlah dihargai.

Terima kasih kepada semua yang hadir.